Objektif


Sistem mensasarkan untuk mengurangkan dan menghapuskan miskin tegar di seluruh Negeri Kelantan secara atas talian berdasarkan ciri-ciri berikut :
  1. Mewujudkan satu pangkalan data bersepadu yang menjadi asas perancangan program basmi miskin tegar di Negeri Kelantan.
  2. Menyelaras skim/bantuan kepada KIR yang berdaftar dengan e-Tegar yang dilaksanakan oleh agensi-agensi pemberi bantuan.
  3. Mewujudkan satu Knowledge Base mengenai program/projek kemiskinan yang telah dilaksanakan sebagai rujukan.
  4. Membantu analisis maklumat dan pemetaan miskin tegar (poverty mapping) dalam bentuk jadual dan carta yang integrasikan kepada system GIS.

Ciri-ciri Sistem


Ciri-ciri e-Tegar adalah berkaitan dengan pemasalahan untuk mendapatkan gambaran sebenar kedudukan dan status KIR di Negeri Kelantan. Dengan ini sistem ini telah dibangunkan berasaskan keperluan bagi memenuhi kehendak kerajaan dalam menangani masalah kemiskinan tegar di negeri ini. Berikut adalah ciri-ciri yang telahpun dibangunkan :
  1. Keseluruhan sistem adalah berasaskan WEB, supaya sistem ini boleh dicapai di mana-mana seluruh pelusuk Negeri Kelantan yang berkecapaian internet.
  2. Diintegrasikan dengan kemudahan bacaan koordinat kediaman KIR bagi mendapatkan bacaan Pemetaan KIR.
  3. Butiran profail KIR telah dikumpul di Pejabat Tanah Dan Jajahan dengan bantuan Penggawa-penggawa daerah masing-masing.
  4. e-Tegar akan merekod segala pemberian bantuan yang diberikan oleh agensi pemberi bantuan bagi memudahkan proses pemutihan.
  5. Agensi yang berdaftar akan diberi keupayaan untuk mendaftar bantuan-bantuan atau program yang disediakan oleh mereka untuk di beri kepada KIR.
  6. Sistem mempunyai akses level yang berbeza bagi setiap pengguna bagi memastikan tidak berlaku kebocoran data sebenar KIR.
  7. Kemudahan borang makluman secara online membolehkan orang awam membuat makluman tentang individu yang layak untuk didaftarkan dalam e-Tegar.
  8. Statistik dan pelaporan memudahkan proses analisa dan perancangan oleh kerajaan untuk menangani kemiskinan tegar dalam negeri.

Kebaikan Sistem


Perlaksanaan Sistem Pendaftaran Penduduk Miskin Tegar ini akan memberikan kebaikan-kebaikan sebagaimana berikut:
  1. Pangkalan data yang berpusat dan berintegrasi akan meningkatkan integriti dan ketepatan maklumat yang disediakan dan dapat dirujuk oleh semua pihak tanpa sebarang keraguan.
  2. Memberi keselesaan dan meningkatkan tahap keyakinan kepada Unit Perancang Ekonomi dalam menyediakan laporan dan statistik kemiskinan tegar.
  3. Semua aktiviti dan projek yang diterima oleh peserta dapat direkod ke dalam satu pangkalan data akan memudahkan mengenalpasti peserta.
  4. Kerja-kerja pemantauan dan statistik dapat dilaksanakan dengan lebih kerap dan berkesan.
  5. Rumusan dan laporan dihasilkan lebih selesa dan lengkap akan membantu analisis bagi tujuan perancangan akan datang.
  6. Mengelak pertindihan berganda dalam penyaluran bantuan serta mempertingkatkan kecekapan dalam memastikan kelayakan KIR menerima bantuan yang akan disalur.
  7. Maklumat terperinci dengan adanya gambar-gambar akan disimpan untuk tujuan perancangan dan kajian.

Perkongsian Data


Rekod kemasukan dan maklumat KIR dapat dikongsi disemua peringkat pengguna mengikut kriteria yang telah ditetapkan dalam sistem.

Geographic Information System (GIS)


Berdasarkan koordinat yang diambil semasa lawatan atau tinjauan ke lokasi KIR, membantu sistem ini menjana peta berbentuk Poverty Mapping "PEMETAAN PENDUDUK MISKIN TEGAR NEGERI KELANTAN".

E-Tegar

E-Tegar adalah sebuah sistem yang dibangunkan bagi memudahkan proses pengumpulan data dan proses penyaluran bantuan kepada penduduk miskin tegar Negeri Kelantan bagi memenuhi matlamat keluarga miskin tegar sifar

Hendak mendaftar

Pendaftaran boleh dibuat dengan menggunakan Borang Miskin Tegar Negeri Kelantan yang boleh didapati di Pejabat Tanah dan Jajahan masing-masing

E-Tegar diwujukan

Bagi mengumpul profail KIR dalam satu pangkalan data yang boleh diakses secara dinamik

Pentadbir sistem

Pentadbir sistem ini ialah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN) dan Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (PPN) mentadbir sistem ini dari segi proses pendaftaran dan penetapan kriteria miskin tegar Negeri Kelantan

Saya tersenarai

Anda boleh membuat semakan status pendaftaran anda dalam Sistem E-Tegar dengan menggunakan MyID di Portal E-Tegar secara terus

Kelebihan Sistem E-Tegar

Sistem ini memberi gambaran yang jelas melalui pemetaan taburan miskin tegar di Negeri Kelantan dan juga melalui statistik yang sangat berinformasi