Skip to main content

Stong Geopark

ajax

Stong Geopark merupakan salah satu khazanah alam semula jadi Negeri Kelantan yang menggabungkan keunikan warisan geologi, kepelbagaian biodiversiti serta warisan budaya masyarakat setempat dalam satu landskap geopark yang bernilai tinggi.

Terletak di kawasan Jajahan Jeli dan Daerah Dabong, Jajahan Kuala Krai, Stong Geopark meliputi kawasan seluas kira-kira 2,131.99 km² yang kaya dengan formasi geologi, hutan hujan tropika, air terjun, sungai, gua, flora dan fauna serta khazanah budaya masyarakat setempat.

 

MENGENALI STONG GEOPARK

Stong Geopark merupakan kawasan yang mempunyai kepentingan geologi dan alam semula jadi yang tinggi serta berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan, pendidikan, penyelidikan dan pelancongan berasaskan komuniti.

Keistimewaan utama kawasan ini terletak pada Kompleks Migmatit Stong, iaitu antara warisan geologi penting yang menjadi asas kepada nilai saintifik dan keunikan Stong Geopark.

Gabungan warisan geologi, landskap semula jadi, biodiversiti dan budaya menjadikan Stong Geopark sebagai sebuah destinasi yang mempunyai identiti tersendiri di Negeri Kelantan.

 

STATUS GEOPARK

Stong Geopark telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan pada 14 November 2022.

Pengiktirafan ini mencerminkan kepentingan Stong Geopark sebagai kawasan yang mempunyai nilai warisan geologi, alam semula jadi dan budaya yang perlu dipelihara, diurus dan dimanfaatkan secara lestari.

Kerajaan Negeri Kelantan terus memberi perhatian terhadap usaha memperkukuh tadbir urus, pemeliharaan warisan, pembangunan produk pelancongan serta penglibatan komuniti dalam memastikan Stong Geopark berkembang sebagai destinasi geopelancongan yang berdaya saing.

KELGOV PPST